Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh
dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan menetapi kesabaran.
Saturday, September 12, 2009
Ramadhan as a wife...:)
Assalamualaikum... dah nak abis dah Ramadhan tanpa kite sedari.. setakat ni alhamdulillah... esok / lusa xtau lagi.. mudah-mudahan puase tahun ni penuh:)
sepanjang 22 hari menjalani ibadat puase sebagai seorang isteri buat kali pertama ni, mcm2 dugaan mendatang.. walaupun sorang kat utara, sorang kat pantai timur,ramadhan pertama dapat berbuka bersama... ramadhan kedua pun, seronok..berbuka bersama kat umah suami... tup2... ramadhan ketiga berbuka kat hospital.... 2 hari berbuka sorang2 kat hospital.... cik abang masuk wad..infaction... sedih tau... nasib baik la dpt wad kelas 1, dpt la privacy skit... makan ngadap tingkap...nampak la pokok... ditemani 2 ekor burung bertenggek bagai menemani kngah berbuka... cik abang ade gak kat sebelah, tapi dia x lalu makan... so, mkn la sorg2...
hari isnin merdeka tu dapat blk umah dah.. tapi mlm tu, pakcik kat sebelah nuar meninggal... kngah menyaksikan bagaimana doktor berusaha nak selamatkan pakcik tu...bagi bantuan kecemasan... tapi, tepat jam 7.30 di bulan ramadhan yang mulia, Allah lebih menyayanginya...
balik dungun hari sabtu... keluar wad hari isnin. sempat la berbuka bnyak ari lagi ngan suami...best.. isnin tu berbuka kat KFC sbb kngah dah x selera nak makan nasi kat umah... malam sebelum keluar wad tu, kngah plak kene g unit kecemasan sebb suhu badan tinggi... kat wad abang, sesukehati je tido atas katil dia..2 org..takut gak nurse marah... tapi sbb nurse tu tau kngah demam, dia senyap je..he he..
ari selasa tu abang ajak geng2 bujang dia plak makan kat umah.... kngah mane la tau masak... hentam je la masak nasi ayam... gune oven toaster yang dapat as hadiah kawen... menjadi... sedap....
khamis tu kngah start buat kuih raye...biskut gepang wannyah... first try..menjadi...bestnye.... kali pertama buat tu buat 1 adunan je dulu... bile jadi terus buat 5 adunan..tapi ari sabtu nak blk tu baru buat.. nasib baik sempat... tapi oven x sempat nak kemas.... sbb mlm tu abang kene antar g alor star.. naik bus kul 9.30 kat alor star... malam tu berbuka kat secret recepi...kngah teringin nak makan tom yam kung... erm..sedap....
nak dijadikan cerita, mlm tu rupenye kngah tercicir pen drive... terjatuh time turun dari kete. kngah memang letak atas peha sbb beg jauh kat blakang.. bile turun tu, x teringat pendrive... time tutun tu ade dengr bunyi bende jatuh, tapi x teringtkan pendrive...
alhamdulillah... hari selasa pukul 9.50 pagi, ade org call ofis, nak cakap ngan Puan Zaidah..ingatkan sape... x penah2 ade call ke ofis atas tu nak cakap ngan kngah.... rupenye, ade hamba Allah ni jumpe pendarive kngah n ambil... dia naik bus kat alor star gak, nak ke KL.... nasib baik la dia ambil n bukak pendrive tu, x sempat nak tnye dia mcm mane dapat no, yang pasti, dalam pendrive tu memang sarat maklulat berkaitan PSMZA.. ari selasa ni balik arau n janji nak jumpe. dia pas pen drive tu kat adik dia.. kngah kene g alor star la untuk ambil pendrive tu kat adik dia... alhamdulillah.. sayang pendrive tu..panjng umur dia ngan kngah...
arini ari sabtu..x sabar nak tunggu ari selasa... mlm tu nak naik bus. pagi rabu sampai arau... rabu tu cadang nak wat almond londan, khamis nak buat biskut kurma... jumaat nak blk kampung..:) tapi balik umah mak mertua dulu... lepas berbuka baru blk kampung kngah... mlm raye kat kampung kngah... sbb raye tahun ni kat umah mak mertua...
hopefully best la..hehe... newey, kngah ucapkan SELAMAT HARI RAYA... maaf zahir dan batin..
Persediaan Bulan Rejab (Oleh ustaz Zahazan - Zahazan.net)
Bulan
Rejab termasuk didalam salah satu bulan-bulan Islam yang dianggap suci
oleh umat Islam.Bulan Rajab ini menduduki senarai yang ke 7 dalam
bulan-bulan Qamariyyah.
Firman
Allah didalam surah At-taubah ayat 36 yang bermaksud: “Sesunguhnya
bilangan bulan-bulan disisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan (yang
telah ditetapkan) dalam kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan
bumi, diantaranya empat bulan yang dihormati, ketetapan yang demikian
ialah agama yang betul lurus,maka janganlah kamu mengganiayai diri kamu
dalam bulan-bulan yang dihormati itu(dengan melanggar larangannya). Dan
perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi
kamu seluruhnya, dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang
yang bertaqwa”.
Empat
bulan yang dihormati sebagaimana disebutkan dalam ayat tersebut ialah
Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Inilah yang telah disepakati
oleh para mufassirin. Penghormatan terhadap bulan Rejab adalah
bersempena penghormatan yang telah diberikan kepadanya semenjak zaman
jahiliah lagi dimana mereka mengharamkan peperangan didalam bulan
tersebut. Inilah sesuatu pengiktirafan oleh Allah SWT terhadap bulan
Rejab disamping bulan-bulan haram yang lain.
Sejarah Islam telah mencatatkan beberapa peristiwa penting telah berlaku didalam bulan rejab, diantaranya ialah:
Pertama-Peristiwa
israk dan mikraj yang berlaku pada 27 Rejab mengikut pendapat
sebahagian besar ulama Islam, ia adalah peristiwa dimana Rasulullah
s.a.w telah diperjalankan dari Mekah ke Baitil Muqaddis dan kemudiannya
diangkat kelangit untuk bertemu Allah SWT, disinilah bermulanya
kefarduan solat lima waktu kepada umat Muhammad s.a.w.
Kedua-Peristiwa
hijrah yang pertama ke negeri Habshah oleh beberapa orang sahabat
Rasulullah s.a.w termasuk Saidina Uthman Bin Affan ra dan isterinya
Ruqayyah binti Rasulullah s.a.w. Penghijrahan ini bertujuan
menyelamatkan aqidah disamping keselamatan diri ekoran tekanan dan
ancaman hebat oleh puak musyrikin Mekah ketika itu.
Ketiga-Peristiwa
perang Tabuk yang berlaku pada tahun kesembilan hijrah. Ia adalah
peperangan yang menguji iman para sahabat kerana ia beraku pada musim
panas.Pertempuran ini dipimpin oleh Rasulullah s.a.w sendiri untuk
menentang tentera Rom yang ingin mengembangkan pengaruhnya ke
semenanjung Tanah Arab. Walau bagaimana pun pertempuran tidak berlaku
kerana tentera Rom membatalkan hasrat mereka lantaran perasaan gentar
dan takut dengan kehebatan dan kekentalan jiwa tentera Islam.
Selain
daripada itu,terdapat juga peristiwa penting lain yang berlaku didalam
bulan yang mulia ini seperti kelahiran Imam ahlis sunnah, Imam
As-Shafie yang menjadi ikutan mazhab umat Islam ditanah air iaitulah
dalam bulan rejab tahun 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi.Demikian juga
peristiwa bersejarah iaitu pembebasan semula Palestin dan kota Baitul
Maqdis oleh Solahuddin Al-Ayubi dari kekuasaan tentera solib juga
berlaku dalam buan Rejab iaitu sekitar 27 Rejab 538 Hijrah.
Kaum muslimin Rahimakumullah,
Sesetengah
umat Islam akan berpuasa sunat didalam bulan rejab. Sesetengahnya pula
akan pergi menunaikan umrah, kerana menganggap umrah yang mereka
lakukan didalam bulan ini ada fadilatnya yang khusus. Tidak kurang juga
terdapat umat Islam yang berusaha memperbanyakkan sedekah pada bulan
ini dengan beranggapan mereka akan mendapat ganjaran yang berlipat kali
ganda berbanding bulan-bulan yang lain.
Walau
bagaimanapun, kebanyakkan ulama mutakhirin menyatakan bahawa tanggapan
ibadah-ibadah sunat ini akan mendapat ganjaran berpuluh kali ganda atau
beribu kali ganda adalah tanggapan yang tidak benar. Apa yang pasti
bahawa bulan ini adalah termasuk didalam kelompok bulan-bulan haram
dimana umat Islam digalakkan memperbanyakkan ibadah-ibadah sunat sama
ada solat sunat, berpuasa, bersedekah atau lain-lain lagi.
Kaum muslimin yang dirahmati Allah,
Hakikat
ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT kepada orang yang beramal soleh
hanya dia sahaja yang maha mengetahui. Oleh kerana itu sudah
sewajarnyalah didalam bulan Rejab ini dan juga bulan-bulan yang lain
diisi dengan perkara-perkara yang dapat meningkatkan keimanan kita
kepada Allah SWT dan mendapat keredaannya.
Sesungguhnya
terdapat banyak hadis-hadis nabi dan ayat-ayat Al-Quran yang memberikan
galakkan kepada umat Islam untuk melakukan sesuatu amal ibadah tanpa
mengira didalam bulan mana mereka melaksanakannya. Oleh kerana itu,
bersempena datangnya bulan Rejab ini banyak amalan sunat yang boleh
dilaksanakan seperti mana juga didalam bulan-bulan yang lain,
diantaranya,
1. Berpuasa sunat Isnin dan Khamis atau berpuasa sebahagian daripada bulan Rejab.
Amalan
berpuasa sunat adalah merupakan satu galakan daripada Allah SWT kepada
umat Muhammad s.a.w sebagaimana disebutkan didalam sebuah hadis qudsi
riwayat Imam Al-Bukhari yang bermaksud,
“Sabda Rasulullah s.a.w: “Allah SWT berfirman bahawa puasa itu adalah untukKu maka Akulah yang akan membalasnya”.
Imam
Muslim pula meriwayatkan daripada Uthman bin Hakim Al-Ansori, beliau
(Uthman) pernah bertanyakan kepada Said bin Jubair mengenai puasa
Rejab. Said menjawab “Aku mendengar Ibnu Abbas menyatakan: “Rasulullah
s.a.w berpuasa rejab sehingga kami menyangka baginda tidak berbuka
(terus menerus berpuasa) dan baginda berbuka sehingga tidak nampak
berpuasa”.
2. Memperbanyakkan sedekah terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Ini
berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Hakim bin Hizam
yang bermaksud “Tangan yang diatas (pemberi) lebih baik dari dari
tangan yang dibawah (penerima)”.
3. Memperbanyakkan zikirullah dengan cara berwirid, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.
Firman
Allah SWT dalam surah al-Ra''d ayat ke 28 yang bermaksud: “Hanya dengan
mengingati Allah akan menjadi tenang dan tenteram hati manusia”.
Demikianlah
sebahagian amalan-amalan sunat yang amat digalakkan kepada umat Islam
untuk melaksanakannya. Amalan ini sekiranya diamalkan dengan penuh
keikhlasan, sudah pasti akan dapat melahirkan insan yang benar-benar
bertaqwa kepada Allah SWT. Ini sekaligus dapat mengelakkan mereka
daripada terjerumus ke dalam perkara-perkara maksiat dan masalah sosial
yang lain. Malangnya, amalan mulia sebegini sering ditinggalkan oleh
sebahagian umat Islam sama ada oleh golongan muda mahupun golongan tua.
Akibatnya, mereka lebih banyak dipengaruhi oleh hawa nafsu dan terlibat
dengan pelbagai bentuk kegiatan jenayah.
Saudara-saudariku seaqidah sekalian,
Al-Imam
al-Nawawi mengkhususkan suatu bab dalam karya ulungnya Riyadhus Salihin
tentang keutamaan beriltizam dengan surah-surah yang tertentu, juga
wirid-wirid yang khusus sebagai satu komponen yang penting membentuk
peribadi salih.Ini termasuk keutamaan membaca al-Fatihah, ayatul
Kursiy, 2 ayat terakhir surah al-Baqarah, surah al-Mulk dan 3 Qul (
al-Ikhlas, al-Falaq & al-Naas ) .
wirid-wirid
yang tertentu juga amat mustahak diamalkan kerana ia adalah supplement
ruhani yang sering diabaikan menyebabkan berlakunya kecenderungan
melakukan perbuatan-perbuatan yang haram.Kita
juga seharusnya tidak melupakan firman Allah SWT yang menyatakan bahawa
dengan zikrullah, hati mereka akan merasa aman dan tenteram.
Di
samping itu ramai umat Islam yang melupakan sabda Rasulullah s.a.w
tentang keutamaan berpuasa untuk mengelakkan diri dari perkara- perkara
maksiat. Inilah merupakan sebahagian dari program pengabdian diri bagi
melahirkan rasa ubudiyyah buat menongkah perangai mazmumah sebagai
persiapan menyemarakkanisemangat Ramadhan.
Marilah
kita bersama memulakan tazkiyyah ini dengan melakukan senarai semak
atau bermuhasabah agar amalan-amalan sunat ini didalam membentuk jiwa
dan peribadi yang sempurna. Dengan bermulanya bulan Rejab ini,
anak-anak muda khususnya dan umat Islam umumnya harus diberikan
kesedaran dan sedikit suntikan semangat supaya bersama-sama
menghidupkan amalan-amalan mulia ini dan seterusnya dapat membangunkan
diri mereka menjadi insan yang bertaqwa disisi Allah SWT.
Apa
yang kita harapkan agar amalan-amalan didalam bulan Rejab ini dilakukan
dengan penuh keikhlasan dan akan menjadi pemangkin untuk mereka yang
benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah SWT.
Firman
Allah dalam surah al-Zalzalah ayat 7-8 bermaksud: “Maka sesiapa yang
berbuat kebajikan seberat zarrah nescaya akan dilihatnya(dalam suratan
amalannya)dan sesiapa yang berbuat kejahatan seberat zarrah nescaya
akan dilihatnya(dalam surat amalannya)”.
Alhamdulillah... berjumpe lagi kite... arini kngah nak kongsi gambar time majlis aritu.. asalnye x mau share kat blog..tapi ade kawan-kawan yang nak tngok... kngah masukkan skit je..
asalnye x mau sanding, tapi atas permintaan family, on je la... tapi xde tepung tawar pun... sekadar salam utk mengenali ahli keluarga kedua-dua belah pihak je...
Majlis dimulakan dengan Khatam Al-Quran 5 dara manis... Dari kiri, Nur Amizah, Nor Hazwani Nadiah, Nur Aminah, Nur Amalina Nadiah dan teristimewa, Nur A'qilah...
Kemuadian, diteruskan dengan marhaban dari kumpulan marhaban Kampung Jawang... Then, acara mematrikan hati dua insan dengan diwalikan oleh ayah kngah, sungguh mendebarkan... dengan sekali lafaz, Alhamdulillah.... dah jadi isteri org kini...
Sebelum batal air sembahyang, abang solat sunat kat dalam bilik dulu.. sebab acara nikah buat kat umah.... acara batal air sembahyang pun buat di bilik.. sejurus selepas abang selesai solat sunat... acara ni dimulai dengan salam... erm, first time pegang n cium tangan abang... bertentangan mata yang mendebarkan... time tu malu nye... then after kngah cium tngan, dia plak cium dahi... adus, lame plak... sbb kameramen nak ambik gambar...saje je... lepas bertukar pakai cincin, dia pakaikan cincin kngah, kngah pakaikan cincin dia, dia sarungkan rantai... then, tukar baju.. dia balik umah bertanggak sebab nak tykar baju purple plak.... nikah tadi pakai color putih...lambang kesucian
lepas jemput abang kat luar, kite masuk umah jap utk acara salam ahli keluarga... then baru makan....
lepas, makan abis la... acara melayan tetamu la plak... acara makan buat kat dewan depan umah.he he...
ramai tetamu yang hadir, tapi kngah x sempat jumpe.. terima kasih bnyak2 pada yang hadir... cikgu sekolah rendah pun ade datang... kawan dari dungun, alin, k ina, fadhlun. k ezna pun ade dtg...
kawan sekolah rendah, wan ngan yah...yah siap bawak anak lagi..tapi x sempat sembang.. jumpe atas pelamin je.... kawan sekolah menengah, ijad je.. yang lain kngah x tau la kot2 ade dtg tapi kngah x sempat jumpe...
yang paling mengharukan, student dari kelantan pun dtg... dua bijik kete lagi... semata-mata dtg kawen lecturer teknologi elektrik diorg ni... thank u bnyak2 ye anak didk saye...
malam tu acara bukak adiah n potong kek... ni ade gambar kat umah belah lelaki, kat sane tema biru... ade yang nak usha pengapit ke? thank for yanti n along... kngah sayang korang... k la... ade kesempatan, nnti kngah story pasal disebalik tabir majlis ni plak ni... kredit kat ramai org ni... 'sponserer' lagi..he he... newey, Alhamdulillah... semua berjalan lancar... semoga majlis kngah di Redhoi dan mendapat Rahmat Ilahi... Doakan kami ye...
and... SAYANG ABANG... THANKS FOR BEING ME YOUR WIFE... LOVE U
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar
terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar
lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah
kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN
CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…
CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu
langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim
tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak
sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata-kata yang tidak baik
pada
mertua…
CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih
kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas
cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah
wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta
tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak
bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik
pulak nampak yg comel-comel aje… Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat
rumah tak praktik pun.
CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu
hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada
perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak
dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit-sikit dok
telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya
macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan-bukan…
CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu
mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat.
Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class aje.
Restoran nak ada air-cond aje.
CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak
cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak…
anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….
CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia
melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi
pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas.
Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.
8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran
tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa &
lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan
sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu cirri-ciri 8C tu.
Assalamualaikum.... lama dah x update... bnyak cerite nak share... al-maklum la.. dah bergelar isteri... memang kehidupan bnyak perbezaan... dah ade 2 famili... baru 24 hari bergelar isteri... skrang dok dungun.. baru semalam start keje lepas ambik cuti 2 hari.. balik kampung makan durian..best..siap masak lempuk lagi...
mak mertua pun datang umah.. bermesra2 dengan family kngah..he he.. newey, mak mertua ok.baik..cume kene ambik masa skit la utk kenal lebih rapat dan mengeratkan kemesraan...
suami pun baik.. sentiasa bersama bile kat umah mak mertua, so x de la kekok sangt... cume kadang2 dia saje tinggal g basuh kete... bagi berdua-duaan dengan mak mertua... i'll to be the best je la...
lepas kawen cuti seminggu je.. lepas tu masuk keje smula... next week nya, abg datang sini.. next weeknye pulak, blk perak... next week ni.. dok umah je... abg x dtg..sbb ade hal... insyaAllah, another week g perlis... dia ade 'family day' kolej dia... emm... kenal kenal gak kawan2 dia kan. So, join la...
time abg kat sini aritu, sempat lepak kat umah sewe sebb house mate bercuti.. so, dapat la menjalani kehidupan sebaagi suami isteri..he he.. memasak utk abg..basuh kain abang utk abg, iron kan baju...dan sebagainye.. rase seronok sangt.. walaupun x pandai masak sngt, masak je la... suke bile dia makan tambah masakan kngah..he he bile abang dah blk perlis, kembali menjalani kehidupan bujang..hu hu.. sedey... aritu balik dungun lalu jeli.. g la singgah bukit bunge.. sempat beli bear..buat peluk ganti abang..he he.. de'mark nama nye.. abang kasi... tengok de'mark, tringat abang.. tengok kete merah abang kat umah teringat time driving bersama abang.. rindunye time tu...
berjauhan ni, sakit skit la.. tapi ade baiknye.. rase rindu dan ssyang makin kuat... elak selisih gaduh pun ade gak... hopefully kite baik-baik sokmo ye bang.. erm, k la... ade masa kite cite lagi k... kat opis ni xde keje pun sbb student cuti.. tapi line internet ni x ok sngt... kejap2 putus... smoga kite jumpe lagi nanti.... miss u hubby.. bye...
Salam... jumpe lagi arini... saje je... sambil tunggu time nak blk... blk dari SP aritu abg demam+selsema+batuk... suruh la dia makan madu.. org kate madu tu elok utk sembuhkan batuk... so, kngah cari la detail skit pasal madu ni... dpt bnyak gak info... jom kite share...
KHASIAT MADU ASLI
A) MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH
1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan. 2. Memulihkan sel-sel urat besar. 3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan. 4. Merangsang tenaga batin.
B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah. 2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih. 3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif. 4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
KELEBIHAN
1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental. b) Menyembuh dengan segera cirit-birit. c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut. d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.
2. REMAJA:
Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.
3. WANITA:
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik. b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.
4. LELAKI:
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda. b) Menguatkan tenaga batin.
5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)
6. UNTUK SEMUA:
a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal. b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air. c) Memulihkan penyakit berpanjangan. d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan. e) Menyembuhkan penyakit dalam perut. f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh. g) Memulihkan batuk dan lelah. h) Menghindarkan badan letih dan lesu. i) Kurangkan kesakitan bila datang haid. j) Baik untuk perempuan bersalin. k) Membantu/menerangkan pemandangan.
CARA MENGGUNAKANNYA
1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian. 2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman. 3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda. 4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak) 5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum. 6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak. 7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari. 8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata. 9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.
KEAJAIBAN MADU SANG LEBAH
Setiap kali penggunaan Madu Lebah, mulakan dengan Bismillah...... disambung dengan Solawat ke atas Nabi Junjungan 3 kali. Gunakan dengan penuh yakln.
SAPULAH MADU JIKA ANDA
a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera dan luka terlindung dari kuman. b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan lain-lain. c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT. d) Sakit mata - Titiskan madu lebah dalam mata.
MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN
a) Makan bersama roti / biskut. b) Bahan membuat kuih / kek. c) Goreng atau panggang ayam.
KHASIAT DAN KEBAIKAN MADU
A) IBU MENGANDUNG
1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata. 2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.
B) ANAK DALAM KANDUNGAN
1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman cahaya mata. 2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin. 3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh kuasa dalam madu asli. 4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin. 5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.
C) BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan. 2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut. 3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat. 4. Mengelak dari kembung perut bayi.
D) BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim. 2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.
CARA MENGGUNAKAN MADU:
Batuk :
madu + limau nipis (diperah)
Menguatkan minda:
madu + kismis
Menguatkan tulang:
madu + susu anlene
Menyembuhkan luka dan melecur:
sapukan pada luka
Lelah dan sesak nafas:
madu + lebak putih (diparut dan diperah)
Pembersih muka:
putih telur + limau nipis (diperah) + madu
Pelembap muka:
kobis + madu
Melangsingkan badan:
madu + pati kunyit ( minum seminggu sekali)
Tenaga batin:
1 sudu madu + 3 biji lada hitam + 1 ulas bawang + kuning telur.
ape ye nak cite arini... bnyak cite, tp x sempat nak cite... yang pasti, x lama lagi tukar gelaran jadi Puan... he he..mcm x caye plak.. esok nak g KT... nurul nikah... g se kete je.... k ina, su, zarina ngan zuli... kene g bli adioh dulu..hu hu... semoga kekal la nurul ngan Z...
30 mei x lama lg ni... kad pun x edar lagi... awal bulan 5 baru edar.. ok x???
xde ape yang siap agi... cume sourvenier dh siap.. tu pun sebab sub cont...hu hu... friendster pun x leh nak bukak kat opis ni.. susah gak nk contact kawan2 lama.... apsal la nak block friendster plak... ni kes jealous la ni...
arini ari khamis.. blk kul 3.30ptg.. xde mood dh nak wat keje... mentenet jap... walaupun tenet ni x laju...tp, slow2 la..he he...
k la... share skit....'TIGA CAHAYA DI HARI KIAMAT'
Pada hari iamat ada 3 cahaya yang berlainan;
cahaya yang pertama seperti bintang-bintang
cahaya yang kedua seperti cahaya bulan
cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari
Apabila ditanya cahaya apakah ini? Lalu di jawab: "Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.
Kedua ialah cahaya wajah mereka yang mnegambil wuduk sebelum azan.
Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari dimana mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi"
**ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu.
Assalamualaikum.... arini dah masuk 12 rabiulawal tahun Gajah.... xde tahun gajah dah... skrang dah tahun Hijrah... Rasullullah saw... jom kite same2 puasa esok ek... mane yang berpeluang, berkeupayaan dan sihat tu, jom la... tapi mane yang ada keuzuran untuk berpuasa tu, bnyak lagi cara lain untuk kite mengembalikan ingatkan dan menginsafi JIhat Rasulullah saw.... kngah cari ceramah Mailidur Rasul, tapi internet x laju plak... kngah guna broadband celcom je...115kbps je... kngah dengar je la koleksi ceramah Ust. Shamsuri dalam laptop kngah....sambil buat tasbih ni, kngah dengar tajuk Pendidikan Akhlak.... Akhlak yang paling baik, mestilah akhlak Rasullullah saw.... antara isi yang disampaikan;
Perkara yang menurunkan BALA... 1. Apabila suami kene Queen Control 2. Apabila Ibu di derhakai 3. Apabila Bapa menjadi dayus kepada anak... 4. Apabila arak diminum disana sini 5. Apabila sutera di pakai oleh lelaki 6. Apabila penyanyi wanita diagung agungkan 7. Apabila industri muzik disanjung tinggi
Apabila berlaku perkara diatas, bersedialah utk menghadapi; 1. Angin Ahmar 2. Gempa bumi 3. Ubah rupa manusia
k la.. ade kesempatan nnti kite kongsi ilmu lagi k.... x sabar nak tunggu Jamadil akhir ni..he he salammm.....
Assalamualaikum.... lame sangt dh x spend time kat blog... syg kat blog ni... blog kawan2 pun lame dh x bukak... rindu time dulu2... rajin g tengok blog org...share info... tazkirah diri pun bnyak gak....busy ngan keje seharian, kdg2 rase cam hilang arah... masa cepat berlalu tanpa ade improve.... sekadar menyiapkan rutin harian je.... rohani xterisi... x di gilap...lame2 nnti berkarat jugak... siapa lah yg sudi nak memperingati...menunjukkan jalan yang lurus...cahaya yang terang....utk kehidupan disana nnti... sambil tulis ni, dengar lagu nasyid dulu2.... skrang ni, dngr nasyid pun dah jarang.... bile dngr nasyid tu, sekurang2nye dapat jugak pedoman dan sedar kejap dari khayalan dan kemewahan hidup.... jarang sangt ingat mati dah skrang ni... padahal, itu lah yang paling hampir.... bile2 masa je boleh jadi.... tak pasti masa tu kite tengah buat ape... klo tngh buat kebaikan alhamdulillah.... klo sebaliknye, nauzubillah....
santapan rohani ni..bukan bergantung pada sumber yang kite jumpe... tapi lihat pada sumber yang kite cari.... tanpa usaha, memang hidayah susah nak sampai... yang tu la buat kite lupe dan akhirnye, merasakan kesalahan tu suatu yang boleh dilakukan... setiap yang berlaku tu ada hikmahnye...pasti ade kebaikan di masa akan dtg.tanpa kita sedari... musibah hari ini adalah ujian untuk kite dimasa depan...yang ditakuti, kite gagal dengan ujian tu... tersalah pilihan... namun ade hikmah menanti... selagi kite sedar dan ingt kuasaNya.....
Qada' dan Qadar..jgn lupe...sabar menghadapinye....
Carilah cinta yang sejati Yang ada hanyalah padaNYA Carilah cinta yang hakiki Yang hanya padaNYA Yang ESA
Carilah cinta yang abadi Yang ada hanyalah padaNYA Carilah kasih yang kekal selamanya Yang ada hanyalah pada TUHANmu
Di dalam mencari cinta yang sejati Banyaknya ranjau kan ditempuhi Di dalam mendapat cinta yang hakiki Banyaknya onak yang diredahi
Namun janjiNYA Kepada hambaNYA Tidak pernah dimungkiri Dan tidak pernah melupakanmu Yakinlah kepada TUHANmu Kerna DIAlah cinta hakiki