Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh
dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan menetapi kesabaran.
Tuesday, December 04, 2007
Jom Beramal..
PUSAT PENGAJIAN AL-QURAN ASSHA’RAWI
NO. 74B, TINGKAT 2,
86400 PARIT RAJA,
BATU PAHAT,
JOHOR.
Pusat pengajian Assharawi adalah
merupakan sebuah pusat yang telah bertapak lama di Parit Raja, Batu Pahat. Ia
dikendalikan oleh ustaz yang telah mendapat pendidikan di Universiti Al-Azhar
Mesir dan bimbingan daripada Dato’ Hj. Hassan Al-Azhari serta mendapat tauliah dan kebenaran daripada Jabatan
Agama Johor. Kini, dengan perkembangan teknologi, pihak pusat pengajian
berharap ajar dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran menggunakan teknologi
perkomputeran dan paparan LCD bagi menarik minat pelajar dan menggunakan teknik
pengajaran dan pembelajaran seiring perkembangan teknologi masa kini.
TUJUAN UTAMA:
Membangunkan pusat pengajian yang
berteknologi terkini
Mempelbagaikan teknik pengajaran
OBJEKTIF PUSAT
PENGAJIAN:
Melahirkan
para Hafiz Al-Quran
Melahirkan insan yang cintakan
Al-Quran
Melahirkan mkmin yang boleh membaca
Al-Quran mengikut Hukum Tajwid
Melahirkan mukmin yang cintakan
Bahasa Arab dan Tulisan Jawi
PENGAJIAN YANG DITAWARKAN:
IQRA’
Al-Quran
Tajwid
Bahasa Arab
Tulisan Jawi
Fardhu ’Ain
Tahfiz
SASARAN
Kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas
Orang dewasa (lelaki dan perempuan)
Dengan itu, pihak pusat pengajian mengharapkan sumbangan dari badan-badan
atau individu yang berkemampuan yang sudi untuk menyumbang kemudahan berbentuk
peralatan atau kewangan bagi mencapai objektif yang dikemukakan. Antara
peralatan yang diperlukan adalah;
·Sebuah komputer atau laptop
·LCD projektor / visualizer projektor
·Screen
Diharap, sumbangan yang diberikan dapat meningkatkan minat, memudahkan
serta mempercepatkan tempoh menguasaan Al-Quran dikalangan pelajar. Segala
maklumat boleh berhubung terus kepada;
Ustaz Abdul Rahim bin
Alias,
Mudir,
Pusat Pengajian Al-Quran Assharawi,
Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
07-4544014(P)
07-4531423(R)
019-7411734(H/P)
Atau menghubungi saya di 013 7599515 (Humaira)
Posted at 12/4/2007 12:11:05 pm by kngah
ABE MEY July 10, 2010 10:31 PM PDT PROGRAM KLINIK AL-QURAN BERSAMA ABE MEY
Surau Perdana UTHM sekali lagi menganjurkan Program Klinik Al-Quran 2010 dengan pendekatan baru. Pengarah Program ialah Zuhariman Yaacob dan Guru Pengajar Al-Quran Al-Fadhil Ustaz Rahim.
Program : Klinik Al-Quran 2010
Masa : 8.00 - 9.00 malam
Hari : Setiap Sabtu dan Ahad (boleh dirunding)
Tempat : Pusat Al-Quran Assha'rawi (atas 7eleven, Parit Raja)
Yuran : RM40 sebulan (tertakluk kepada Mudir/Pengajar)
Anjuran : Surau Perdana UTHM dan Pusat Pengajian Al-Quran Assha'rawi
untuk paparan lanjut : http://surauperdana.blogspot.com/2010/05/blog-post.html
faizalzainol@yahoo.com July 9, 2009 05:38 AM PDT sila layari www.surauperdana.blogspot.com ada aktiviti usahasama antara PUSAT PENGAJIAN AL-QURAN ASSHA’RAWI dengan surau perdana UTHM