DressupMyspace.com - MySpace Glitter Graphics, Myspace Layouts, Myspace Tweaks, Cursors, Generators and Goodies!
~:KUALA LUMPUR:~







.::Demi Masa::.

Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh
dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan menetapi kesabaran.





>>KENALI DIRI INI<<

KNGAH

Photobucket - Video and Image Hosting


nurzahumaira@yahoo.com



::friendster::



::Hi5::



Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting




.::YA ALLAH::.


"Allahumma..
nikmat apa yang aku peroleh
dan diperoleh seseorang di antara makhluk-Mu
adalah dari-Mu,
yang Esa dan tidak bersekutu,
maka bagi-Mu segala puji dan syukur"

"Aku telah rela dengan Allah sebagai Tuhanku
dan dengan Islam sebagai agamaku
dan dengan Muhammad sebagai nabi dan rasulku"

"Ya Allah
kurniakanlah kami lisan yang lembut basah
mengingati dan menyebut nama-Mu,
hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu
serta badan yang ringan
menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu.
Ya Allah,
kurniakanlah kami iman yang sempurna,
hati kusyuk, ilmu yang berguna,
keyakinan yang benar-benar mantap.

Ya Allah,
kurniakanlah kami cara hidup yang jitu dan unggul,
selamat dari mara bahaya dan petaka.
kami mohon Ya Allah,
kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta
jasa baik orang lain.
Berikanlah kami iman yang sebenar
sehingga kami tidak lagi gentar
atau mengharap orang lain
selain dari Engkau sendiri.
Kembangkan lah lembayung rahmat-Mu kepada kami,
keluarga dan anak-anak kami
serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami.
Jangan Engkau
biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri;
walaupun kadar sekelip mata
atau kadar masa yang lebih pendek dari itu.
Wahai Tuhan
yang paling mudah dan cepat memperkenankan
pinta perkenankanlah."

"Selawat dan restu Allah untuk junjungan kami Muhammad,
nabi yang mulia, kepada keluarga baginda
dan para sahabat baginda"








.:: IQRA'::.

:::UTUSAN::: :::BERITA HARIAN::: :::METRO:::




:::BICARA SUFI:::

:::BICARA MUSLIM:::

:::BICARA SISWA:::

:::MY KULIAH:::

:::UKHUWAH.COM:::

:::PORTAL MUSLIMAH:::

:::RAUDHAH.COM:::

:::SYUKUR.ORG:::

:::AL-AZIM:::

:::KARANGKRAF:::

:::ALWANCOMICS:::

:::iKOMIK:::

:::PKPIM:::

:::TRANUNG:::

:::DR.CINTA:::

:::JOM MASAK:::

:::KUiTTHO:::

:::SECTION 6:::

:::SECTION 3 MBV:::




.::Jalinan Persahabatan::.












* Nasihat Luqman Al-Hakim *


Hai anakku,
sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan
yang dalam dan banyak manusia
yang karam di dalamnya.
Bila engkau ingin selamat,
agar jangan karam,
layarilah lautan itu dengan sampan
yang bernama takwa,
isinya ialah iman
dan layarnya ialah tawakkal kepada Allah.

Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya
untuk menerima nasihat,
yakin dirinya akan mendapat
penjagaan daripada Allah S.W.T.
Orang yang insaf dari kesalahan
setelah menerima nasihat daripada orang lain,
dia akan sentiasa menerima
kemuliaan dari Allah S.W.T. jua.

Hai anakku!
Orang yang merasa dirinya
lebih rendah di dalam beribadah
dan taat kepada Allah,
maka orang itu akan sentiasa
tawaduk kepada Allah,
dia akan lebih dekat kepada Allah
dan sentiasa menghindarkan dirinya
daripada melakukan maksiat.

Jauhilah dirimu dari berhutang,
kerana sesungguhnya
berhutang itu akan menjadikan dirimu hina
di waktu siang dan hina di waktu malam.

Hai anakku!
Bila engkau menghadapi dua pilihan,
menziarahi orang mati atau
menghadiri mailis perkahwinan,
maka hendaklah engkau memilih
menziarahi orang mati.
Sebab menziarahi orang mati itu
akan mengingatkan kamu kepada akhirat,
sedangkan menghadiri majlis perkahwinan itu
hanyalah akan mengingatkan kamu
kesenangan duniawi sahaja.

Janganlah engkau makan atau minum
yang berlebihan, kerana
sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu
akan merosakkan diri dan pemikiranmu,
dan alangkah baiknya makanan yang lebih itu
diberikan kepada anjing sahaja.

Hai anakku!
Bukanlah suatu kebaikan namanya
apabila engkau selalu mencari ilmu
tetapi tidak engkau mengamalkannya.
Hal itu tidak ubahnya
seperti orang yang mencari kayu api,
setelah banyak terkumpul maka
dia tidak mampu memikulnya padahal
dia masih terus mengumpulkannya.

Hai anakku!
Apabila engkau ingin mencari teman sejati,
maka ujilah terlebih dulu
dengan perkara yang menaikkan kemarahannya.
Bilamana dalam kemarahan itu
dia masih berusaha untuk menginsafkan engkau,
maka bolehlah engkau ambil sebagai kawan,
dan sekiranya bukan demikian maka
berhati-hatilah engkau terhadapnya.

Perbaikkanlah tutur katamu,
halus budi bahasamu dan manis wajahmu,
kerana engkau akan disukai orang
yang melebihi sukanya terhadap orang lain
yang pernah memberikan barang yang berharga kepadanya.

Hai anakku!
Apabila engkau berteman,
jadikanlah dirimu orang yang
tidak pernah mengharapkan daripadanya.
Namun biarlah dia mengharapkan
sesuatu daripadamu.

Jagalah dirimu dalam setiap perkara
sebagai seorang yang tidak
berhajatkan kepada pujian atau
sanjungan dari orang lain, kerana
penguasaannya itu akan menyebabkan
diri kamu beroleh.

Hai anakku!
Usahakanlah agar mulutmu
jangan mengeluarkan kata-kata
busuk, kotor dan kasar kerana engkau
akan lebih selamat apabila berdiam diri.
Kalau berbicara,
usahakanlah agar dirimu akan
mendatangkan manfaat
kepada orang lain.

Hai anakku!
Janganlah engkau cenderung kepada dunia
semata-mata dan hatimu
jangan disibukkan dengan urusan dunia semata-mata,
kerana engkau diciptakan Allah
bukannya untuk urusan dunia sahaja.
Tidak ada orang yang
lebih hina melainkan orang yang
terpedaya dengan dunia semata-mata.

Hai anakku!
Janganlah engkau terlalu mudah ketawa
kalau bukan perkara yang menggelikan,
jangan engkau berjalan tanpa tujuan pasti,
janganlah engkau menanyakan sesuatu
yang tidak ada gunanya bagi diri kamu
dan janganlah engkau mensia-siakan
harta dunia kamu.

Barangsiapa yang penyayang,
sudah tentu akan disayang, siapa yang
suka berdiam diri sudah tentu akan
selamat daripada berkata-kata tentang
perkara yang mengandungi racun,
dan barangsiapa yang tidak mampu menahan
lidahnya daripada berkata kotor,
sudah tentu akan menyesal.

Hai anakku!
Bergaul mesralah dengan orang alim dan berilmu.
Perhatikanlah kata-kata dan nasihatnya kerana
sesungguhnya akan sejuk hati
kamu mendengar nasihatnya,
hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah
dari mutiara kata alim ulama
bagaikan tanah yang subur disirami air hujan.

Hai anakku!
Ambillah harta dunia sekadar keperluanmu,
dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk akhirat.
Jangan engkau tendang dunia ini
ke bakul sampah,
kelak diri kamu akan menjadi pengemis
yang membebankan orang lain.
Sebaliknya jangan engkau rangkul dunia ini
dan meneguk habis kerana
sesungguhnya semua yang engkau makan
dan pakai itu adalah tanah belaka.
Jangan engkau bertemankan orang bodoh
dan orang yang bermuka dua,
kerana akan aniayakan diri kamu.
Wallahu'alam.












>> Permata Hati Mutiara Sanubari<<



Kebaikan adalah sesuatu yang
engkau tenang dengannya,
sedang kemaksiatan adalah
yang membuatkan engkau gelisah
dan selalu ingin menyembunyikannya
dari orang lain
-HADITH-

Tak perlu mencari teman secantik Balqis,
andai diri tak sehebat SULAIMAN,
mengapa mengharap teman setampan YUSOF,
jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM,
andai diri tak sekuat HAJAR,
mengapa didamba kekasih sempurna
MUHAMMAD atau KHADIJAH,
jika kita cuma insan biasa..

Ukhuwwah yang terbina persis untaian tasbih,
ada awal tiada penghujung,
dibentuk untuk mengingatiNya,
dicantum kerana cintaNya,
diratib semata-mata kerana redhaNya,
menitis airmata tika merasai kemanisanNya...

jiKa AdA sEsIaPa PiNtA cInTaMu
KaTaKaN iA uNtUk AllAh,
RiNdUmU uNtUk RASULULLAH,
dAN kAsIHmU uNtUk IbU bApAmU...
tEtApI jIkA DiPiNtA kEiKhLaSaN mU
bErIlAh pAdA yG tAhU mEnGhArGaiNyA

Bersyukurlah kepada Allah
atas kebaikan yang diberiNya,
Bersedihlah dengan dosa,
Bertenanglah dengan kesusahan,
dan ingatlah Allah setiap masa......

Nafsu mengatakan perempuan itu cantik
atas dasar rupanya,
Akal mengatakan perempuan itu cantik
atas dasar ilmu & kepandaiannya,
Hati mengatakan perempuan itu cantik
atas dasar iman dan akhlaknya.

KeINDAHan sebenar adalah keindahan budi pekerti..
keBAIKan sebenar adalah kebaikan budi bahasa..
keCERDIKan sebenar adalah kecerdikan akal..
namun semuanya berpaksi kepada
keIKHLASan hati..

Bertahajud menyerikan wajah,
Bersyukur membajai barakah,
Bermuhasabah mencetus hikmah,
Bertawakkal membuahkan pasrah,
Bersaudara menyemai mahabbah,
Berukhuwwah kerana ALLAH...:)

OrAnG YaNg pAlInG jUjUR,
iAlaH YaNg sAnGgUp mEnGaKu kEsAlAhAnNyA
sEkAlIpUn TaNpA DiPaKsA...
BiArLaH kEbEnArAnNyA iTu pAhIt
DaRipAdA kEpAlSuAn YaNg mAnIs sEmEnTaRa...

KaSiH SaYaNg aDaLaH rAhMaT TUhAn...
ApAbILa kItA aDa rAsA SaYaNg,
BeRmAkSuD hIdUp KiTa sEnTiAsA dIrAhMaTi..
KaDaNg2 kItA pErLu berKoRbAn
UnTuK kAsIh SaYaNg iTu...
BuKaN UnTuK dIhArGai, TeTaPi SeBaB pErCaYa
dAn TaHu eRtI sbEnAr kAsIh SaYaNg...

Tunjangkan resahmu ke dada solat,
himpunkan keperitanmu dalam genggaman doa,
tutuplah kekecewaanmu dengan taqwa,
nilaikan cermin diri dgn keikhlasan hati..

Carilah keikhlasan didalam takbiratulihrammu,
kedamaian didalam ruku'mu,
ketenangan didalam sujudmu,
kerana disitu terkumpul
cinta Ilahi cinta yang hakiki...

Ketika kamu solat,
anggaplah Allah di depanmu,
syurga di kananmu,
neraka di kirimu,
malaikat Izrail di belakangmu
dan kamu berdiri di atas rambut
yg dikerat 7 menuju syurga.

Kemaafan adalah sesuatu yang indah..
yang boleh mengungkai rasa resah dan gundah.
Berdendam bukan jalan penyudah,
kelak diri yang rasa bersalah..

BiaR ZamAn BeRubah
tetapi AQIDAH jgn goyah,
siLaKaN maSa BerGanti tEtApi
kEYaKinaN jgN maTi,
iA AdalAh inTan PaLiNg MAhal,
bErHarGa daN PeRmaTa
PeNyEri jiWA jaGa IMAN
kuKuhKan hAti dEmi ISLAM yanG Hakiki..

Sebutir airmata yang jatuh
kerana keinsafan adalah
seribu kali lebih baik daripada
sejuta mutiara di lautan,
sejernih wajah kerana wuduk yang sempurna
adalah lebih bercahaya daripada
kilauan segunung permata,
sesuci hati hanya kerana IILahi adalah
sebuah CINTA YANG ABADI

Cantik wanita kerana kejernihan wajah,
Manis wanita kerana senyuman,
Ayu wanita kerana kesederhanaan lahiriah,
Hebat wanita kerana kesabaran,
Mulia wanita kerana keimanan dan cintakan ilahi.









.::DESTINASI::.


>>Corat Coret<<


>>Selingkar Kasih<<




>>Ratu Hatiku<<




.::Eratkan Ukhuwah::.


�Syazana�
�Sarah�
�Mekna�
�Nughu�
�Nida�
�Syarfa�
�Prof Faizal�
�Ust. Ismail�
�Kushi Hirdan�
�Kushi Hirdan�
�Cikguizza�
�Radzzah�
�Azizaffa�
�Shida�
�Sakiinah�
�Khaleel�
�Mujahadah�
�Anwar�
�Shayluvu�
�ROSLAN�





Skruemas Herryzal

noamie blog's





Pengunjung ke==>>
Free Web Site Counter
.::kngah::.












section 6 da best!! ade beberapa org lagi yang x de.. nanti kngah usahakan cari jugak gambar semua ek... jgn berkecil hati ok... tu la..org ajak bergambar x nak (",) kite tetap satu pasukan yang teguh...












[ View Guestbook ] [ Sign Guestbook ]
Get a FREE guestbook here!































.:: S�L�mb�t L�D�H ::.


Ya Allah,
Kenalkan Aku dengan Diriku

"Di antara
ciri-ciri kebahagiaan dan kemenangan
seorang hamba adalah:
Bila ilmu pengetahuannya bertambah,
bertambah pula kerendahan hati
dan kasih sayangnya"















































<< July 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Wednesday, July 26, 2006
bala bencana umat akhir zaman

 

	Marilah kita merenung dan memberi perhatian kepada amaran 
Rasulullah s.a.w dalam satu hadisnya yang diriwayatkan oleh Al-Tarmizi 
di dalam al-Sunan yang bermaksud:  "Dari Ali bin Abi Talib (karamallah 
huwajha), sabda Rasulullah s.a.w:

	Apabila umatku melakukan lima belas perkara, maka nyatalah 
kepada  mereka bala bencana. Lalu para sahabat bertanyanya: Apakah dia 
wahai Rasulullah?

	Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila harta negeri menjadi milik yang 
berpusing di kalangan orang-orang yang tertentu, apabila amanah 
dianggap peluang untuk mendapat harta, apabila zakat dianggap cukai, 
apabila lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, apabila ia 
memuliakan kawannya dan berkasar terhadap bapanya, apabila hingar 
bingar di dalam masjid, orang yang menjadi ketua di kalangan kaum ialah 
orang yang paling jahat dan hina, dimuliakan seseorang kerana takutkan
kejahatannya, diminum arak, dipakai sutera oleh kaum lelaki, diambil
penyanyi-penyanyi wanita dan alat-alat muzik untuk dipuja, orang-orang 
yang akhir di kalangan umat ini mengutuk orang yang terdahulu, maka 
tunggulah ketika itu bala bencana yang menimpa mereka, sama ada angin 
ataupun bumi yang menyapu mereka."
 
	Hadithnya yang menggerunkan ini merupakan satu amaran kepada 
umat Islam, umat Muhammad s.a.w, walaupun mereka menjadi umat pilihan 
yang disifatkan oleh Allah di dalam al-Quran yang bermaksud:

 	"Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia, 
kamu menyuruh kepada yang baik, kamu mencegah kemungkaran dan kamu 
beriman kepada Allah."	 (Surah Ali Imran: 110).

  	Apabila umat Islam meninggalkan kewajipan ini, bahkan 
berlakunya maksiat di kalangan mereka, tetapi mereka lupa kepada Allah 
dan Rasul, meninggalkan ajaran agama, maka berlakulah maksiat yang 
diberi amaran oleh Nabi s.a.w. Maksiat yang berlaku di semua peringkat, 
daripada peringkat orang yang memerintah sehinggalah kepada peringkat rakyat bawahan.
 
Apabila kebendaan menjadi matlamat dan tujuan, bukan mengabdikan diri
kepada Allah, menegakkan agama Allah, mentadbir dunia dengan agama
Allah dan menunaikan amanah. Harta yang diberikan oleh Allah yang 
melimpah ruah kepada negara umat Islam menjadi milik orang-orang yang 
tertentu, diberi kesempatan kepada orang yang memerintah dan puak-puak 
mereka.
 
Dilantik menjadi pemimpin yang merupakan suatu amanah yang diberi 
supaya menunaikan tanggungjawab untuk menegakkan agama Allah tidak lagi
dianggap amanah, tetapi dianggap peluang untuk mendapat harta benda, 
untuk mendapat kesenangan dan kemewahan hidup. Bahkan kewajipan zakat 
yang diperintah oleh Allah supaya ditunaikan oleh orang yang berada 
untuk dibahagi-bahagikan kepada orang yang memerlukan bantuan dianggap 
cukai, tidak dianggap ibadat yang membersihkan hati dan harta benda 
mereka.
 
Keruntuhan akhlak berlaku di dalam rumahtangga, apabila orang tua tidak
dihormati, tidak diberi ketaatan dan tidak diperlakukan dengan sopan
dan akhlak yang baik, atau dengan lain perkataan menderhakai kedua ibu
bapa.
 
Orang-orang lelaki yang diberi kekuatan semangat oleh Allah SWT
diperintah oleh orang perempuan, sehingga sanggup berkasar kepada ibu 
dan bapanya sendiri, lantaran mentaati isteri. Begitulah keruntuhan 
akhlak yang berlaku di dalam rumah tangga. 

Masjid yang menjadi tempat beribadat tidak dihormati supaya dikerjakan 
ibadat di dalamnya, dipenuhi dengan zikrullah, dengan majlis ilmu, 
mengingatkan manusia kepada syariat Allah, menunaikan perintah Allah, 
meninggalkan larangannya, berzikir, bertasbih, bertahmid, bertahlil, 
berdoa, memuji dan memuja Allah SWT.

Sebaliknya menjadi hingar bingar tempat perbalahan, tempat berjual
beli, tempat bercakap perkara dunia yang melalaikan yang tiada kena 
mengena dengan perkara agama. Yang menjadi pemimpin ialah orang yang 
jahat, bukannya orang yang baik. Dinilai manusia bukan kerana akhlak 
yang mulia, tetapi kerana kejahatan dan kezalimannya.

Nilaian manusia menjadi kebinatangan. Sebagaimana binatang menghormati
orang yang lebih ke atas, manusia sudah turun kepada martabat haiwan,
menghormati orang yang jahat dan melupakan orang yang baik. 

Berleluasanya maksiat yang dilakukan oleh orang-orang perseorangan. 
Arak diminum berleluasa. Perintah agama mengharamkan arak tidak 
diendahkan lagi.
 
Pakaian yang tidak bersopan yang dikhususkan kepada orang-orang
perempuan bahkan diharamkan kepada orang-orang lelaki dipakai oleh 
orang-orang lelaki, seperti sutera, sebagaimana amaran Rasulullah s.a.w 
yang bermaksud:
 	"Allah melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan 
	dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki."
Amaran Rasulullah s.a.w tidak diendahkan.

Berlakunya hiburan-hiburan yang melekakan manusia daripada ingatkan
Allah, ingatkan mati, ingatkan hari akhirat. Mereka bersuka ria untuk
memuaskan hawa nafsu dengan mengambil penyanyi-penyanyi wanita. Kaum 
wanita yang menjadi aurat yang sepatutnya dalam keadaan tertutup 
seperti yang diperintah oleh Islam, mereka dibenarkan terbuka di dalam 
perkara ilmu, dalam perkara menunaikan haji, dalam perkara ketaatan 
yang diizinkan oleh Allah SWT, mereka tidak boleh bebas melakukan 
unsur-unsur maksiat dan menjadi punca maksiat-maksiat.

Tiba-tiba mereka dilantik menjadi penyanyi-penyanyi yang dipuja dan
disanjung serta dihormati. Alat-alat muzik menjadi barang-barang yang
berharga sehinggalah peringkat bukan sahaja tidak mendengar nasihat
dalam perkara agama. Orang-orang yang di akhir zaman sanggup mengutuk 
dan melaknat orang-orang Islam yang terlebih dahulu yang telah berjasa
menegakkan Islam dan menyampaikan Islam kepada mereka.
 
	Marilah kita menyedari amaran ini supaya kita tidak 
melakukannya, supaya kita dijauhkan oleh Allah daripada fitnah dan 
bencana, maksiat yang menghancur dan memusnahkan dunia. Marilah kita 
menegakkan kewajipan menyuruh kepada yang baik dan mencegah 
kemungkaran. Firman Allah Taala yang bermaksud:

	"Dan takutlah kamu akan fitnah yang tidak mengenai orang-orang 
	yang zalim sahaja." (Surah Al-Anfal: 25).


Posted at 7/26/2006 3:52:58 pm by kngah

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry